يَا رَبَّنَا بِجَاهِ تَاجِ الْعَارِفِيْنَ ï وَجَاهِ حَامِلِ لِوَاءِ الْوَاصِلِيْنَ

Ya Allah, Ya Tuhan kami dengan pangkat kebesaran pemilik mahkota ahli ma'rifah dan pangkat pemegang bendera kelompok manusia yang telah wushul (sampai ke puncak keyakinan)


قُدْوَتِنَا وَشَيْخِنَا التِّجَانِي ï قَائِدِنَا لِمَنْهَجِ الْعَدْنَانِي

Panutan dan guru kami yakni Syekh Ahmad Tijani, seorang pemandu yang menyampaikan kami kepada tuntunan Nabi Muhammad

يَا رَبِّ ثَبِّتْنَا عَلَى اْلإِيْمَانِ ï وَاحْفَظْ قُلُوْبَنَا مِنَ الْكُفْرَانِ

Ya Tuhanku tetapkan kami atas iman dan jaga hati kami dari segala bentuk kekufuran

وَاحْمِ جَمِيْعَنَا مِنَ الشَّيْطَانِ ï وَحِزْبِهِ مِنْ إِنْسٍ أَوْ مِنْ جَانِّ

Lindungi kami dari kejahatan syetan dan kelompoknya dari bangsa manusia dan jin


نَسْأَلُكَ التَّوْبَةَ وَالتَّوْفِيْقَ ï وَالْعِلْمَ وَالْعَمَلَ وَالتَّحْقِيْقَ

Kami mohon kepada-Mu taubat dan mendapat kekuatan untuk melakukan kebaikan, ilmu dan pengamalan serta ketepatan dalam segala hal


وَالصَّبْرَ وَالنَّصْرَ عَلَى اْلأَعْدَاءِ ï وَالْجَمْعَ فِي الذِّكْرِ عَلَى الْوِلاَءِ

Berikan kami kesabaran dan kemenangan atas musuh-musuh. Dan jadikan kami selalu berkumpul bersama dalam melakukan dzikir


وَالْفَوْزَ بِالنَّعِيْمِ فِي الْجِنَانِ ï مَعَ النَّبِيّ وَشَيْخِنَا التِّجَانِي

Mendapat kesuksesan dengan mendapat ni'mat di surga bersama Nabi Muhammad dan guru kami Syekh Ahmad Tijani


مَا لَنَا فِي الْكَوْنِ سِوَى الرَّحْمَانِ ï وَالْمُصْطَفَى وَشَيْخِنَا التِّجَانِي

Kami tidak memiliki harapan apa-apa di alam ini melainkan kepada-Mu Ya Allah (Yang Maha Pengasih), manusia terpilih Nabi Muhammad dan guru kami Syekh Ahmad Tijani

هَذِي هَدِيَّةٌ بِفَضْلِ اللهِ ï مِنَّا إِلَيْكَ يَا رَسُوْلَ اللهِ

Dzikir ini merupakan hadiah untukmu Ya Rasulullah dari kami yang semata-mata merupakan pemberian Allah


هَدِيَّةً لِلْمُصْطَفَى الْعَدْنَانِي ï نِيَابَةً عَنْ شَيْخِنَا التِّجَانِي

Hadiah penghormatan buat manusia terpilih Nabi Muhammad keturunan Adnan juga sebagai mandate dari guru kami syekh Ahmad Tijani

آميْنَ آميْنَ اسْتَجِبْ دُعَانَا ï وَلاَ تُخَيِّبْ سَيِّدِي رَجَانَا

Terimalah, terimalah dan kabulkan Ya Allah, doa-doa kami. Jangan Kau kecewakan segala harapan kami

Doa ini merupakan Qashidah tawassul kepada Syekh Ahmad Tijani Radhiyallahu Anhu. qashidah ini biasanya dibaca setelah selesai membaca wirid lazimah dan wazhifah.

Dikutip dari kitab Ghayatul Muna Wal Murad Fima Littijaniy Minal Aurad halaman 27.

Rabu, 10 April 2013

Risalatul Murid Habib Abullah al Haddad

Risalatul Murid Habib Abullah al Haddad

Memelihara Hati

Setiap murid (baik suka atau tidak, sekiranya dia mengakui dirinya sebagai seorang murid yang menuntut) harus berusaha memelihara hatinya daripada rasa Was Was, Cita Cita Kosong(suka berangan angan) dan apa saja yang datang dalam fikirannya yang kotor.
Pintu hati setiap murid harus didirikan sesuai dengan dibangunkannya dinding supaya dapatmengawasi sesuatu yang datang menghampirinya. Sekiranya tidak ada persiapan batas dan dan dinding pada diri setiap murid, mana mungkin dapat dilihat gejala gejala yang disebutkan diatas tadi masuk dan merusakkan diri murid itu.
Apabila hati sudah rusak akan menjadi susah untuk mengeluarkan penyakit yang sudah
berselaput didalamnya. Sepertinya dari usia muda sudah banyak melalaikan tanggungjawab sebagai hamba tuhan dengan tidak menjalankan kewajipan dan menjauhi laranganNya.
Pastinya gejala gejala itu sudah melekat seakan-akan sudah dipatri. Kerana itulah setiap murid harus sentiasa membersihkan hatinya yang menjadi tempat pandangan Tuhan supaya hati tidak tertarik pada pujukkan hawa nafsu dan syahwat keduniaan.
Murid murid harus memelihara hatinya dan harus mengenali musuh-musuhnya supaya tidak
melangkah masuk kesempadan dan dinding yang telah dibangunkan, tidak masuk kerumahnya,dimana boleh membawanya jauh dari Allah swt. Tanpa mengenali musuh-musuhnya manamungkin dapat menghalang dari serangan mereka?

Keterangan:
Perhatian harus di tekankan seperti berikut:
17 Petunjuk Jalan Thariqat
1. “Memelihara hati dari sifat sifat dendam khusumat, sifat hasad dengki, sifat suka
menipu dan sifat suka membelit terhadap kaum Muslimin.
2. Jangan sekali-kali suka pada sangkaan buruk terhadap sesiapapun dari kaum
Mu’minin. Sebaiknya ditujukan hatinya untuk menasihati kaum Muslimin, bersifat
pengasih dan sentiasa bersangka baik kepada semua orang. Sifat begini sangat susah
untuk diamalkan kerana sentiasa melihat akan kelemahan orang lain khususnya
seperguruan. Hanya dia INGAT dia yang faham dan suka ketawakan rakan
seperguruan dan orang lain.
3. Segala kebaikan yang disukai harus disukai untuk orang lain. Jangan halang orang
lain untuk dapat membuat kebaikan.
4. Setiap murid harus mengetahui bahwa hati mempunyai berbagai penyakit-penyakit
yang lebih berat, lebik buruk dan lebih busuk dari maksiat-maksiat pancaindera. Oleh
kerana ada penyakit itulah maka murid tidak boleh menerima makrifatullah (mengenal
Allah) akan kecintaanNya melainkan di hapuskan habis-habisan penyakit itu. Contoh
penyakit yang bahaya ini ialah sifat membesarkan diri atau bongkak, riya’ dan hasad
dengki. Bila ada sifat membesar diri menandakan kurang akal (kefahaman tak ada / tak
faham) dan jahil. Siapa yang membesarkan diri, tidak ada rasa kebimbangan sekiranya
dia meninggi diri terhadap orang lain dengan apa yang Allah kurniakan kelebihankelebihanNya
kelak Allah akan merampas semula segala kurniaNya disebabkan
kelakuan dan perbuatannya yang buruk yang ingin MENCUBA MENANDINGI KUASA
TUHAN dalam Sifat KebesaranNya. Manakala sifat riya’ pula suka menunjuk-nunjuk
menandakan hatinya kosong daripada sifat suka membesarkan Allah dan suka
mengagungkan Allah kerana amal yang dibuatnya hanya pura pura saja. Dia merasa
kurang puas amalnya jika diketahui oleh Tuhan Rabbul Alamin saja. Jadi kena tunjuk
pada orang lain yang dia tu Alim, Wara, ada Ilmu dan tempat orang menanyakan
fatwa.
5. Selain dari itu, harus setiap murid menjaga pancainderanya seperti mata, jangan
melihat apa-apa yang haram, yang shubhat, apa yang boleh menaikkan syahwat.
Mulut, jangan banyak cakap. Sebaliknya banyak diamkan diri. Banyakkan membaca
Quran, Zikir dan berdoa. Jaga mulut daripada terkeluar perkataan-perkataan yang
kotor dan boleh menjatuhkan maruah kaum muslim dan bukan muslim. Telinga, jangan
mendengar cerita-cerita bohong, cerita kosong, cerita menaruh harapan dan lain-lain.
Jadikan telinga suka mendengar bacaan Quran, Zikir, dan Berdoa. Suka mendengar
nasihat-nasihat dan lain-lain. Tangan, jagalah tangan daripada mengambil barang
kepunyaan orang lain tanpa izin. Jangan nak tunjuk kuat dengan tangan, asyik nak
tumbuk orang aje hingga lupa tumbukkan dari Tuhan tak nampak. Jadikan tangan itu
suka kepada kebajikan, mengambil wudhu, mengambil Quran, mengambil Tasbih dan
lain-lain. Kaki, jadikan kaki suka dan redha ke masjid, ketempat kuliah, menziarah
ulama, menziarah orang sakit, menziarah kubur dan lain-lain. Masyallah. Banyak
sangatlah.
6. Setiap murid hendaklah berzuhud didunia. Sekiranya tidak mampu berzuhud didunia
hendaklah menuntut dunia (mintak) dari Pemilik dunia itu sendiri; iaitu Allah swt.
Semua hati manusia berada didalam genggaman Tuhan.
18 Petunjuk Jalan Thariqat
7. Jauhkan, buang sifat hasad kerana sifat hasad jelas menentang kekuasaan Allah Taala
dan membantah akan kudratNya dalam kerajaanNya. Allah swt menganugerahkan
nikmatNya kepada setiap hambaNya dan sudah semestinya atas kehendakNya.
Sekiranya setiap hamba khususnya murid memilih sesuatu yang bertentangan dengan
apa yang dipilihkan oleh Allah swt itu menandakan sihamba sudah melakukan kurang
ajar terhadap Allah swt dan wajib mendapat kemurkaanNya.
8. Tidak baik memeram dengki terhadap sesiapa yang bersaing dengannya dalam sesuatu
tujuan ataupun yang pernah membantunya dalam sesuatu urusan.
9. Harus menanamkan rasa cinta terhadap saudara saudaranya didalam hati serta
berusaha dengan zahirnya mengajak dan mengumpul mereka supaya belajar agama
untuk menuju ke jalan Allah dan berlumba lumba dalam mentaatiNya.
10. Jauhkan pada Cintakan Dunia kerana itu ada Pokok Segala Bencana sebagaimana
tersebut didalam sebuah hadis. “Jika hati terselamat dari penyakit cintakan dunia,
niscaya ia menjadi putih dan bersih, baik dan bercahaya; dan ketika itu sesuailah
untuk menerima limpahan cahaya dari Allah swt dan mudahlah baginya untuk
menyingkap (menangkap) rahasia-rahasia Tuhan”.

Mencegah Seluruh Anggota Dari Maksiat
Panduan selanjutnya diharuskan setiap murid untuk berusaha mencegah dirinya dan seluruh
anggota dari melakukan maksiat dan dosa. Setiap anggota harus digesa (diajak bersama) untuk
mengerjakan ketaataan semata-mata kepada dan kerana Allah Taala dan tidak mengerakkan
diri dan anggota untuk melakukan sesuatu melainkan perkara itu boleh dan mendatangkan
manfaat pada dirinya di Hari Akhirat.

Keterangan:
“Dari panduan dan nasihat-nasihat yang lalu, dimana setiap salik dan murid harus mengikuti
panduan dan nasihat itu sekiranya niat dan tujuan si salik dan murid itu benar, semata-mata
inginkan Allah Taala. Maka dari tajuk diatas itu tidak akan ada sesuatu yang boleh mencegah
atau menghalang si salik dan murid yang sudah dan akan mengambil dan melaksanakan
panduan dan nasihat dari Imam Habib Abdullah Bin Alwi AlHaddad.
Oleh kerana niat dan tujuan si salik itu benar maka dengan dorongan kemauan iaitu rahsia
ketuhanan yang sudah dicampakkan kedalam hati si salik dan murid maka selaras (kena) pada
niat dan tujuan si salik dan murid maka tumbuhlah pergerakkan dan perbuatan untuk
membersihkan diri si salik dan murid dengan segera.

Sangat menyedikan perkara ini tidak akan boleh berlaku pada murid di mana dorongan
kemauan_rahsia ketuhanan yang dilimpahkan pada mereka tidak selaras (tidak kena / tidak
tepat) oleh kerana niat dan tujuan si salik dan murid itu tidak benar dan bohong belaka.
Hanya mereka yang benar niatannya akan mengambil panduan dan garisan ini didalam
menjalankan perlaksanaan tersebut. Benarlah kata Imam Habib Abdullah bahwa, dorongan
kemauan_rahsia ketuhanan diberikan oleh Allah kepada yang dipilihNya tetapi hanya mereka
sahaja yang tidak mahu menerima pemberian Allah Taala. Tidak mahu berusaha dengan
sekuat tenaga, tidak mahu istiqamah dalam pelaksanaan. Asyik nak cepat aje. Lekas bosan,
lekat penat, suka menangguhkan dan melambatkan.

Melihat dorongan batin itu satu perkara yang kecil yang tidak ada harga yang diberikan oleh
Allah Taala. Alasan-alasan itu menunjukkan bahwa niatan dan tujuannya tidak benar yang
berkuasa pada diri murid sebenarnya ialah Iblis dan Syaitan kerana mereka lebih senang
mengikuti nasihat mereka daripada nasihat Imam Habib Abdullah AlHaddad. Maka yang
sebenar benar si salik dan murid yang menjalankan panduan dan nasihat nasihat itulah
yang dikatakan oleh Imam Habib Abdullah AlHaddad, hamba yang DIUTAMAKAN oleh
Allah Taala. Untuk tidak mengajak diri dan anggota dari melakukan sesuatu yang tidak
mendatang kemanfaatan didunia dan akhirat, lihatlah pada niat dan tujuan yang ditanamkan.
Hanya itulah jalan yang ada. Selain berdoa . . .”

Bencana Lisan
Setiap murid murid harus bersungguh sungguh dalam memelihara lisan (lidah) mereka kerana
bentuk lisan itu kecil akan tetapi bencananya sangat berat sekali.
Keterangan:
“Langkah seterusnya bagi murid-murid hendaknya menjaga lidah yang zahir dan lidah yang
batin daripada mengeluarkan kata-kata yang hina, kata-kata yang mendatangkan dosa dan
kata-kata yang tidak mendatangkan faedah.
Ikutilah langkah panduan seterusnya;

1. Kita mempunyai dua lidah. Yang Zahir terletak dimulut dan Yang Batin letaknya didalam
hati. Setiap kali didalam permulaan percakapan baik pada zahir mahupun batin, hendaklah
kita berfikir dahulu samada percakapan itu baik atau tidak disisi Allah. Adakah percakapan
itu akan menjatuhkan maruah pada orang yang ditujukan percakapan? Perlukah untuk
bercakap dan untuk apa dan apa faedahnya?
2. Tahanlah lidah daripada bercakap bohong (hanya ingin menunjukkan diri yang betul dan
benar, menutup perkara yang sebenar dan lain-lain), tahan lidah dari mengumpat (bercerita
pasal orang lain terutama kesalahan orang lain).
3. Hindarilah segala percakapan yang dilarang oleh agama.
4. Menjaga diri dari mengeluarkan percakapan yang cabul dan kotor.
5. Jalan sekali-kali melibatkan diri dalam perkara-perkara yang tidak ada kena mengena
dengan diri sendiri (jangan suka memasang telinga pada perbualan orang lain) walaupun
perbuatan itu tidak haram, namun akan mengeraskan hati dan mensia-siakan waktu tanpa
faedah.
6. Jangan mengerakkan lidah kecuali membaca AlQuran, Berzikir, Berdoa, Menyampaikan
nasihat kepada saudara yang Muslim, Menyuruh berbuat ma’ruf (baik) dan mencegah berbuat
munkar (jahat).
7. Menyuruh sesuatu hajat keduniaan yang akan membantunya untuk kepentingan akhiratnya.
8. Hindarilah lidah menjadi ‘munafiq’; sekiranya susah untuk menjadi orang yang menjaga
amanah, lebih baik ‘DIAM’.
20 Petunjuk Jalan Thariqat
Nabi saw pernah bersabda; “Setiap percakapan anak Adam dikira atasnya, kecuali berzikir
kepada Allah ataupun menyuruh berbuat ma’ruf (baik) dan melarang berbuat munkar (jahat)”.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar