يَا رَبَّنَا بِجَاهِ تَاجِ الْعَارِفِيْنَ ï وَجَاهِ حَامِلِ لِوَاءِ الْوَاصِلِيْنَ

Ya Allah, Ya Tuhan kami dengan pangkat kebesaran pemilik mahkota ahli ma'rifah dan pangkat pemegang bendera kelompok manusia yang telah wushul (sampai ke puncak keyakinan)


قُدْوَتِنَا وَشَيْخِنَا التِّجَانِي ï قَائِدِنَا لِمَنْهَجِ الْعَدْنَانِي

Panutan dan guru kami yakni Syekh Ahmad Tijani, seorang pemandu yang menyampaikan kami kepada tuntunan Nabi Muhammad

يَا رَبِّ ثَبِّتْنَا عَلَى اْلإِيْمَانِ ï وَاحْفَظْ قُلُوْبَنَا مِنَ الْكُفْرَانِ

Ya Tuhanku tetapkan kami atas iman dan jaga hati kami dari segala bentuk kekufuran

وَاحْمِ جَمِيْعَنَا مِنَ الشَّيْطَانِ ï وَحِزْبِهِ مِنْ إِنْسٍ أَوْ مِنْ جَانِّ

Lindungi kami dari kejahatan syetan dan kelompoknya dari bangsa manusia dan jin


نَسْأَلُكَ التَّوْبَةَ وَالتَّوْفِيْقَ ï وَالْعِلْمَ وَالْعَمَلَ وَالتَّحْقِيْقَ

Kami mohon kepada-Mu taubat dan mendapat kekuatan untuk melakukan kebaikan, ilmu dan pengamalan serta ketepatan dalam segala hal


وَالصَّبْرَ وَالنَّصْرَ عَلَى اْلأَعْدَاءِ ï وَالْجَمْعَ فِي الذِّكْرِ عَلَى الْوِلاَءِ

Berikan kami kesabaran dan kemenangan atas musuh-musuh. Dan jadikan kami selalu berkumpul bersama dalam melakukan dzikir


وَالْفَوْزَ بِالنَّعِيْمِ فِي الْجِنَانِ ï مَعَ النَّبِيّ وَشَيْخِنَا التِّجَانِي

Mendapat kesuksesan dengan mendapat ni'mat di surga bersama Nabi Muhammad dan guru kami Syekh Ahmad Tijani


مَا لَنَا فِي الْكَوْنِ سِوَى الرَّحْمَانِ ï وَالْمُصْطَفَى وَشَيْخِنَا التِّجَانِي

Kami tidak memiliki harapan apa-apa di alam ini melainkan kepada-Mu Ya Allah (Yang Maha Pengasih), manusia terpilih Nabi Muhammad dan guru kami Syekh Ahmad Tijani

هَذِي هَدِيَّةٌ بِفَضْلِ اللهِ ï مِنَّا إِلَيْكَ يَا رَسُوْلَ اللهِ

Dzikir ini merupakan hadiah untukmu Ya Rasulullah dari kami yang semata-mata merupakan pemberian Allah


هَدِيَّةً لِلْمُصْطَفَى الْعَدْنَانِي ï نِيَابَةً عَنْ شَيْخِنَا التِّجَانِي

Hadiah penghormatan buat manusia terpilih Nabi Muhammad keturunan Adnan juga sebagai mandate dari guru kami syekh Ahmad Tijani

آميْنَ آميْنَ اسْتَجِبْ دُعَانَا ï وَلاَ تُخَيِّبْ سَيِّدِي رَجَانَا

Terimalah, terimalah dan kabulkan Ya Allah, doa-doa kami. Jangan Kau kecewakan segala harapan kami

Doa ini merupakan Qashidah tawassul kepada Syekh Ahmad Tijani Radhiyallahu Anhu. qashidah ini biasanya dibaca setelah selesai membaca wirid lazimah dan wazhifah.

Dikutip dari kitab Ghayatul Muna Wal Murad Fima Littijaniy Minal Aurad halaman 27.

Senin, 20 Mei 2013

syarat suhbah

MuqaddimahBerkata Syeikh Tijani RA :" إعلمْ أنّ اللّه سبحانه وتعالى جعلَ في سابِقِ مشِيئَتهِ أنّ المَدَدَ الواصِلَ إلى خلقهِ مِنْ فيْضِ رحمتهِ هُو في كلِّ عصرٍ يجري مع الخاصَّةِ العُليا مِنْ خلْقِهِ مِنَ النبِيّينَ والصِّدِّيقينَ فمن فَزِعَ إلى أهلِ عصْرهِ الأحياءِ مِنَ الخّاصَّةِ العلْيا وصَحِبَهُمْ واقْتدَى بهمْ واسْتَمدَّ مِنهم فازَ بِنيْلِ المَددِ الفَائِضِ مِنَ الله عزوجلّ ومَنْ أعْرضَ عن أهلِ عصْرهِ مُسْتَغْنِيًا بِكلامِ مَنْ تقَدَّمَهُ مِنَ الأولياءِ الأمواتِ طُبِعَ عليهِ بطابِعِ الحِرمانِ وكان مَثَلُهُ كمَنْ أعْرضَ عنْ نبيِّ زمانهِ مُسْتَغْنِيًا بشرائِع النّبيّينَ الّذينَ خَلَوْا قَبلهُ فيُسَجَّلُ عليهِمْ بطابعِ الكفر Ertinya :bahawasanya Allah SWT telah memjadikan pada permulaan kehendak dengan menjadikan segala madad yang mengalir kepada makhluk ciptaannya itu berpunca daripada limpahan rahmatNya…dan madad tersebut terus mengalir kepada hamba-hambanya menerusi beberapa tingkatan dan saluran , ya’ni mengalir melalui diri orang -orang tertentu yang terpilih daripada kalangan Nabi-nabi dan orang-orang siddiqin,dan madad tersebut berterusan mengalir hingga akhir zaman…Barangsiapa yang menyedari kewujudan mereka (wali2 dan siddiqin) dan mengambil faedah daripada mereka dengan bersuhbah dan berdamping dengan mereka dan mengharapkan madad ilahi terus melimpah kepada dirinya pada masa hayatnya (orang yang hidup sezaman dengan wali2 tersebut)sesungguhnya ia adalah orang yang beruntung kerana memperolehi limpahan madad yang mengalir ke atas dirinya daripada Allah SWT melalui orang-orang pilihannya,…dan begitu jugalah sebaliknya,bara­ngsiapa yang berpaling daripada mengikut wali-wali dan siddiqin sezaman dengannya kerana berpegang kepada perkataan wali-wali terdahulu yang telah lama meninggalkan kita sejak berzaman-zaman(­dengan berpandukan kepada kitab mereka untuk mentarbiah dan mendidik masayarakat mutakhir ini),sesungguhnya ia telah ditetap dan dilabel sebagai orang yang terlepas dan kehilangan madad ilahi tersebut….Perumpamaannya:barangsiapa yang berpaling daripada Nabi dan syariat yang dibawa oleh nabi yang sezaman dengannya,kerana masih lagi berpegang dengan syariat nabi –nabi yang terdahulu..maka mereka ini disenaraikan dan dilabel sebagai orang yang kufur (orang yang tidak mengikuti tuntutan zaman.. )…dan dalil bahawasanya suhbah (berdamping)itu hanya berlaku kepada orang yang masih hidup berdasarkan kepada dalil hadis Rasulullah SAW kepada Abi Quhafah RA: سَلِ العُلَمَاءَ وَخَالِطِ الحُكِمَاءَ وآصْحَبِ الكُبَرَاءَ Ertinya :Tanyalah ulama’,berurusanlah dengan ahli-ahli hikmah dan bersahabatlah dengan alkubara’(orang-orang mulia,mursyid dan murabbi) Peranan ulama’, ahli-ahli hikmah dan alkabiir(syeikh murabbi) Pertama;Ulama’:(ulama’ syariat )Peranannya ialah memberi tunjuk ajar akan perkara yang berkait dengan urusan yang bersifat umum,sama ada pada perkara yang berkait dengan suatu perintah Allah SWt atau larangan Allah SWTYaitu perkara yang menggugurkan celaan Allah SWTdan murkanya terhadap hamba Allah , dan perkara yang mendapatkan pujian Allah SWT dan matlamat hamba tersebut ialah syurganya Kedua:Ahli hikmah ( ahli hati ) Peranannya ialah memberi tunjuk ajar kepada seseorang supaya dapat menghampirkan diri kepada Allah yaitu dengan menyucikan jiwa dan hati seseorang daripada terjebak kepada keinginan hawa nafsu, dan matlamat hamba tersebut ialah dapat menghampirkan diri kepada Allah SWT.. Ketiga:Alkabir(wali-wali,mursyid dan syeikh murabbi)Peranannya ialah memberi tunjuk ajar kepada hamba Allah supaya dapat menuju kepada Allah SWT yaitu dengan menghapuskan dan menghalang kehendak hawa nafsu daripada perkara yang menarik dan mendatangkan manfaat keinginan bagi hawa nafsu,sama ada di dunia atau di akhirat …Yaitu supaya terselamat diri daripada mengikut keinginan hawa nafsu tersebut… Matlamatnya ialah Allah SWT dapat makrifah zat Allah SWT yang maha mulia)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar